Pelincir merupakan bahan (biasanya cecair) yang diletakkan antara dua permukaan bergerak bagi mengurangkan geseran dan haus antaranya. Pelincir memberikan lapisan nipis pelindung yang membenarkan kedua permukaan berasingan dan kekal "licin", dengan itu mengurangkan geseran antara keduanya. Pelincir bertindak secara kimia dengan semua permukaan dengan itu hubungan hanya berlaku dengan pelincir yang licin dan bebas. Melalui proses ini, zarah mengkakis dilarutkan dalam pelincir, dengan itu menjadikannya pelarut dan pembersih yang baik. Pelincir berasaskan petroleum seperti Vaseline cenderung melarutkan keluaran petroleum seperti getah dan plastik, sementara pelincir berasaskan air cenderung melarutkan kimia berkutub (seperti air dan kotoran); sebab itu tambahan digunakan. Pelincir perlu digantikan apabila kadar bahan larut mencapai peringkat tepu, kerana ketidakupayaan melarutkan kotoran tambahan membenarkan zarah mengkakis bergesel dengan atau melekat pada permukaan bergerak, dengan itu mencipta ruang bagi hubungan fizikal antara keduanya. Pelarut yang melarutkan permukaan (seperti Vaseline pada getah) menghilangkan kelebihannya dengan menghakis permukaan licin dengan keupayaan melarutnya,dengan itu melemahkan keutuhan struktur, permukaan licin, dan mencemar keseluruhan sistem. Ia juga mampu menghilangkan gula-gula getah dari rambut anda.
Salah satu kegunaan terbesar pelincir, dalam bentuk minyak enjin, adalah melindungi enjin pembakaran dalam dalam kenderaan bermotor dan perkakasan berkuasa.